Royal Pirates Kembali Ke Malaysia

Royal Pirates sebuah Korean-American rock band akan kembali ke Malaysia bulan depan. Untuk makluman, band ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan dianggotai oleh Kim Moon-chul (vocals,guitar), EXSY (drums) dan James Lee (synthesizer/keyboard).

Band ini pernah mengadakan showcase pertama mereka di Kota  Kinabalu dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 2015. Kini, mereka kembali lagi ke Malaysia untuk sesi bertemu dengan peminat yang merindui mereka. Selain itu, tujuan kedatangan mereka adalah untuk mempromosikan mini album terbaru mereka berjudul “3.3”. Album ini bagaimanapun telah dilancarkan pada Disember 2015 dan antara lagu yang menjadi hit adalah Run Away.

Buat peminat-peminat Royal Pirates di Malaysia, 6 November 2016, 4PM di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.  Acara tersebut juga akan dihadiri oleh 10 peserta dari Astro Star Quest 2016 dan Royal Pirates telah diundang untuk menjadi juri jemputan bagi program tersebut.

Jadi kepada peminat-peminat Royal Pirates, jangan lepaskan peluang ini. Jom beramai-ramai ke Berjaya Times Square untuk bertemu dengan mereka. Sebelum itu, Royal Pirates juga ada pesanan untuk peminat mereka di Malaysia.

Pada yang ingin memenangi Royal Pirates Exclusive Meet & Greet Passes anda boleh ke Facebook Universal Music Malaysia Regional untuk maklumat lanjut.

 

 

 

Komentar

comments

You may also like...